>Antara Thabib dan Mualij

>

Maka penggunaan thobibi haruslah selari dengan keupayaan kita merawati penyakit fizikal, manakala istilah Muallij haruslah selari dengan keupayaan kita merawat sihir.
Seorang thobib tidak semestinya seorang muallij tetapi thobib boleh juga menyembuhkan sihir. Thobib mempunyai resipi petua bahan alamiah dan menggabungkan zikir dan doa. Seorang muallij tidak semestinya seorang thobib dan ianya mengkhususkan dirinya dengan perawat sihir. Muallij hanya menggunakan ayat quran dan doa untuk kesembuhan.
Jika seorang itu boleh mengubati kedua-duanya tadi, maka ia harus mengisytiharkan dirinya dengan satu nama gelaran yang merujuk kepada keupayaan dan kepakarannya. Jika ia lebih pakar hal sihir, maka ia harus menggunakan gelaran muallij manakala jika ia pakar dengan
rawatan penyakit fizikal, ia harus mengisytiharkan dirinya sebagai thobib. Ini selaras dengan hadist rasulullah yang hanya menggunakan khidmat thobib yang pakar sahaja ketika merawat diri dan sahabat akibat kecederaan perang mahupun penyakit.
– oleh: Muallij Mustaqim bin Mohd Najib Al-Kelantani
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen