>Gangguan dari Ilmu Khodam.

>

Ilmu khodam adalah sesuatu ilmu yang membuat si pengamal memperolehi ilmu diluar batasan manusia dengan bantuan makhluk halus/ Makhluk Ghoib. Dengan bantuan khodam, si pengamal akan memperolehi beberapa kebolehan seperti perobatan, mempelajari silat tanpa guru, memperolehi kekuatan atau apa saja menurut keperluan si pengamal. Ilmu khodam tidaklah bermaksud ilmu itu dinamakan “ilmu khadam” tetapi sesuatu amalan yang mempunyai energy dari makhluk ghoib tersebut. Energy seperti ini menurut saya terpancar dari mereka yang:

1) mengamal ilmu khodam apabila mereka menjalani beberapa ritual padat dalam suatu jangka masa sehingga berjaya.

2) Dari keturunan

3) menerima ilmu secara ‘transfer’ tanpa menjalani ritual tertentu oleh mereka yang menguasai Ilmu khodam.

4) Mengamal sesuatu ilmu/zikir/surah-surah tertentu tanpa niat meminta bantuan JIN atau mnakhluk ghoib tetapi mendapatkan bantuan di waktu-waktu kepepet/urgent dengan sendirinya.

Ilmu khodam telah lama ada dari zaman Nabi Sulaiman a.s sehingga hari ini. Tidak hairanlah bagi sesetengah golongan ahli perubatan ahli pencak silat, mereka dapat memanfaatkan ilmu mereka dengan ilmu ini tetapi sayang sekali jarang yang tau kalau amalan mereka itu sebenarnya berasaskan khodam jin semata-mata kerana amalan tersebut berasaskan Ayat-ayat suci Alquran. Jarang mengambil tahu tentang teknikalitas ilmu mereka sehinggakan mereka terpedaya dengan hasutan JIN dan makhluk ghoib yang dikirakan malaikat. Problema sekitar ilmu khodam seperti ini tidak diketahui secara ilmiah.

Pada perspektif saya sendiri, Ilmu khodam mempunyai banyak selok belok, tipu daya dan kekeliruan bagi mereka yang kurang memahami unsur-unsur ilmu khodam. Hanya segelintir yang berbakat sahaja dapat menguasai ilmu ini dengan sempurna.. dalam artian, mereka tahu mereka tidak tertipu dengan penglihatan ‘kasyaf-jin’ (bukan berarti kasyaf yang sebenar). adakalanya juga tebakan pengamal meleset (salah/keliru). Pendek kata, ternyata ilmu berpaksi makhluk ghoib mempunyai banyak kekurangan dari banyak sisi. Harus ingat, yang membantu itu juga makhluk.. dan semua makhluk mempunyai ajal. Di cabut, dibunuh khodamnya amalan dari seseorang, maka terkapai kapai lah dia tanpa bisa berbuat apapun.

Menurut saya kebanyakan pengamal seperti ini hidup dalam ‘dilusion state of mind’ akibat tipu daya JIN. Lihat sendiri dari cara perbualan mereka yang agak keliru dan penuh kepercayaan mistikal lebih dari kepercayaan Agama. Oke.. ada yang bilang atau pernah mengunakan istilah Khodam malaikat.. sekarang saya tanya lagi sealim apakah kamu sehingakan dapat memerintah malaikat. Sedangkan malaikat itu adalah suruhan Allah swt. menurut Hadis-hadis sahih, malaikat adalah makhluk yang patuh kepada Allah dan perintahnya lagi suci asal penciptaannya.. dan sedangkan jikalau pengamalnya itu sendiri mempunyai sifat kurang baik dari sisi agama, maka ilmu khodam malaikatnya itu wajar diragui. Apakah malaikat itu membantu pengamal untuk menjalankan tugas-tugas melanggar syariat? Ada juga cerita-cerita bombastik yang kita biasa dengar tentang kaum sufi atau pak kyai yang menpunyai ilmu khodam malaikat, nah misalan kalau cerita-cerita tentang mereka adalah benar semua dan mereka MEMANG mempunyai derajat mulia disisi allah, kita harus ingat! orang alim yang kuat beramal selalunya dianugrahkan ‘ainul basiroh’. Maka itu jangan samakan kondisi kita sebagai manusia biasa untuk menyamai kedudukan orang alim. Kalau yang datang itu setan berjubah.. apakah kita tahu tipudayanya? Kalaupun di dalam perjalanan mereka, mereka tertipu (nau’dzubillah min dzalik mudah mudahan tidak) kita juga tidak tahu perihal sebenarnya.

Energy ilmu dan Amalan adalah dua pekara yang berbeda. Amalan boleh dari Al-quran, tetapi energy pengisian dari guru itu belum tentu selamat jika latar belakang dan asas ilmu mereka mengandungi unsur khodam. Dalam pengisian energi mereka, unsur khodam boleh menempel kepada energy, sugesti sang guru dan mengakibatkan si penerima/santri mendapat sama ada khodam (kerana cepatnya khodam membiak) atau energy khodam. Sebagai contoh, Kalau misalan seorang guru memberikan amalan 1000x basmallah kepada santri A kemudian murid itu mendapatkan ‘kelebihan’ ..dan pada waktu yang sama jika kita berikan 1000x basmallah tanpa pengisian ke santri B, apa kah dia boleh mendapatkan hal yang sama? tidak! melainkan dapat pahalanya sahaja.

Kalaupun ada yang protes, ini hanyalah tentang penelitian dari pengalaman saya sahaja. Tidak perlu setuju. Kerana saya yakin dengan berasaskan ilmu khodam, si pengamal akan membahayakan dirinya sendiri jikalau kurang teliti. Ada beberapa insiden semasa membuat rawatan perubatan ke atas beberapa individu yang juga AHLI perubatan (tetapi lebih berunsur mistikal daripada kerohanian murni) mereka sendiri mendapatkan azab yang pedih apabila khodam mereka tidak mampu untuk melindungi mereka daripada diserang ahli sihir yang mempunyai khodam yang lebih kuat dari khodam mereka. Di sini kita boleh buat beberapa persamaan antara dua juragan dalam duel “whose bodyguard is better”. Pada penglihatan mata kasar, pengamal bisa terbang, bisa pukulan jarak jauh dan berbuat segala macam hal aneh layaknya seorang pendekar atau wali.. tapi apalah artinya semua ini jika pada ujung-ujung hayatnya menyulitkan kematian dan menyusahkan lingkungan. Khodam tidak akan ikut ke liang lahad. Ilmu kebatinan yang berdasarkan unsur kerohanian yang benar membawa pengamal ke arah ‘budi luhur’ dan dapat menjadi bekal akherat kelak. Sudah berapa kali saya dapat mengeluarkan khodam jin dari orang yang padahal lebih hebat dari saya sendiri dengan pandangan ‘kasyaf’nya dengan ilmu kanurangan yang saking hebatnya tidak berarti dihadapan tenaga zikrullah tanpa pengisian khodam… maaf bukan perlecehan, tetapi inilah hakikatnya dengan ilmu khodam dari kacamata saya. Dan saya tegaskan, yang problem yang bakal tiba adalah dari pengisian bukan amalan (kalau amalannya dari ayat Quran Insya Allah dapet pahala).. ada lain variable seperti.. isi amalan – berlakunya ‘interception’ dari jin, dan mengelirukan pengamal.

Jika dari awal-awal lagi, bagi mereka yang tidak menjadikan perbahasan atas ilmu khodam alias tidak masalah bagi pendirian/konsep pikiran si pengamal – cuek bebek alias do not give a damn about it- saya tidak memaksa untuk membuang ilmunya mereka.. cuma niat saya adalah untuk meberikan nasihat tentang gangguan jin.. yang tidak semestinya dari sihir sahaja. Kerana ada yang mengirakan gangguan JIN adalah dari sihir sahaja.

Ada lagi cara untuk mempelajari Ilmu kerohanian tanpai khodam yang bermasalah. Insyallah.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatannya boleh menghubungi saya atau email untuk keterangan lanjut.













This entry was posted in Gangguan, Ilmu Batin, Ilmu khodam, rawatan Islam asmaul Husna, Rawatan kerohanian di Singapore, Tenaga Dalam. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s