>zikir berjamaah bidaah?

> Sheikh Allamah Musnid Prof. Dr. Ali Jum’ah (Mufti Mesir) mengatakan (dalam buku beliau “Al-Bayan” bahawa: ” Berhimpun untuk melakukan zikir secara berjemaah dalam satu halaqah (perhimpunan) merupakan suatu amalan yang sunnah, yang bersandarkan dalil syarak yang mulia.


“Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Bersabarlah kamu (tekunlah kamu) takkala bersama dengan orang-orang yang yang menyeru kepada Tuhan mereka (berdoa dan berzikir), samada petang ataupun pagi, dalam mengharapkanNya…” (Al-Kahfi: 28)

“Sesungguhnya, bagi malaikat itu, sekumpulan malaikat yang berlegar-legar dalam mencari ahli zikir. Maka, apabila mereka (malaikat) mendapati satu kaum berzikir kepada Allah s.w.t., mereka (malaikat) akan berkata (kepada sesama para malaikat yang lain): “marilah segera kepada hajat kamu (apa yang kamu hajati)” Maka, mereka menaungi golongan yang berzikir (secara berjemaah tersebut) dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia…” Al-Hadis. (riwayat Al-Bukhari).

Dari Mu’awiyah r.a. telah berkata, bahawasanya Nabi s.a.w. pernah keluar menuju ke halaqah para sahabat Baginda s.a.w.. Lalu, Baginda s.a.w. bertanya (kepada para sahabat yang berhimpun tersebut): “Apa yang menyebabkan kamu semua duduk berhimpun ini?” Mereka menjawab: “Kami duduk untuk berzikir kepada Allah s.w.t., memujiNya terhadap nikmatNya takkala Dia memberi hidayah kepada kami dalam memeluk Islam sehinggalah sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku dan memberitahuku bahawa Allah s.w.t. berbangga terhadap kamu di hadapan mara malaikat” (hadis riwayat Muslim)

Hadis diriwayatkan Imam Muslim Rahimahullah daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW bermaksud:
Sesiapa mengucapkan tasbih (subhanallah) setiap tiga kali selepas solat sebanyak 33 kali, dan tahmid (alhamdulillah) sebanyak 33 kali dan takbir (allahu akbar) sebanyak 33 kali, jadi semuanya 99 kali, kemudian menyebut: La ilaha illallah wahdahula syarikalah Lahulmulku walahulhamdu wahuwa ala kulli syai`in qadir, untuk menggenapkannya 100 kali, nescaya diampunkan dosanya walaupun umpama buih di lautan.

Hadis riwayat Ibn Abbas menerangkan perlakuan Rasulullah SAW dan huraian Ibn Hajar menunjukkan secara nyata bagaimana Rasulullah SAW dan sahabat berzikir secara lantang dan berjemaah. Pandangan menolak hujah itu, berpegang kepada apa diriwayatkan Ibn Mas’ud yang pernah mengingkari perlakuan sekumpulan sahabat berkumpul dalam sebuah masjid untuk berzikir kepada Allah SWT, dan menganggapnya suatu bidah. Ulama mentafsirkan tindakan Ibn Mas’ud dalam dua keadaan. Pertama kerana tidak sampai kepada Ibn Mas’ud hadis menyatakan keharusan berzikir beramai-ramai. Perkara ini diperakui ulama hadis bahawa tidak semestinya setiap sahabat mengetahui segala hadis.Keduanya, bantahan tadi dikira sebagai qaul sahabi (pendapat sahabat) dan tidak boleh bercanggah dengan apa yang pasti daripada Rasulullah SAW.


Imam Ahmad bin Hanbal(ra) said about the Sufis: “I don’t know people better than them.” Someone said to him: “They listen to music and they reach states of ecstasy.” He said: “Do you prevent them from enjoying an hour with Allah?”


(From Muhammad ibn Ahmad al-Saffarini al-Hanbali (died 1188) who related in his Ghidha’ al-albab li-sharh manzumat al-adab from Ibrahim ibn `Abd Allah al-Qalanasi) (Cairo: Matba`at al-Najah, 1324/1906) 1:120

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s